Tuesday 10 August 2010

Masaklah dengan penuh kasih sayang (^_^)

Ahad lepas, Mr.F ku telah memberi daging rabbit hasil ternakannya. Mr.F kata untuk dimakan waktu buka puasa. Mr.F risau kot tengok I slim sangat.Tu yang kasi sampai 2 ekor.hehehe. Time kasih ye Mr.F,susah-susah je.Semoga dilimpahkan rezeki..Em,jam sudah menunjukkan pukul 2.45 ptg..lebih kurang 4 jam lagi nak berbuka. Memandangkan hari ini adalah hari pertama puasa..nak masak masakan istimewalah untuk famili tersayang. Tahu kan, kita akan dapat pahala kalau kita masak untuk orang berbuka puasa. Emm..nak masak daging arnab masak ape ek???! Ok tak kalau daging arnab masak paprik? atau.. daging arnab masak kicap berempah? Ok kot dengan keadaan dapur tak serupa dapur..tak pa,next week siapla dapur baru.Sabar ye..Apa kata tengok resipi kat myresipi.com memang simple & sangat sedap sebab aku penah cuba. sebagai tambahan, jangan lupa waktu masak nanti sebaik-baiknya kita tambah perisa selawat agar ada keberkatan ke atas rezeki tersebut..ok,selamat memasak dengan penuh kasih sayang =) D.I.Y!!


I Love My mother



A woman is a flower vase of beauty and fragrance.

So smell her gently, do not wrestle with her

~ Arabian Proverb ~


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Syukur Alhamdulillah..

Atas kekuasaannya aku dapat menikmati bulan yang amat barakah pada tahun ini. 

Sama seperti orang lain, aku sangat berharap ramadhan kali ini adalah yang terbaik berbanding ramadhan yang lalu. 

InshaAllah..

Untuk itu, amalan perlu diperbaiki dan dipertingkatkan

..dan...

dosa perlu sangat sangatlah dihindari..

sebaik-baiknya, aku terpaksa berkorban perasaan rindu kepada si dia..tak lama sangat pun kan..sebulan je..

Semoga hati ini dapat memupuk perasaan rindu kepada yang paling selayaknya,Amiin..

Ya Allah, kami mohon padaMu agar dikuatkan jiwa ini dalam menjalankan ibadah dengan penuh keikhlasan dan kepasrahan. 

Semoga kami tergolong di dalam golongan hambaMu yang sentiasa memperbaiki dan mengukuhkan ibadah kami... 
         

Sunday 11 July 2010

hani...aku rasa macam nak m**tah tengok muka engkau..

Tajuk entry ni memang kasar bunyinya kan. 

Silap-silap boleh salah faham,betul tak?

Hakikatnya ia sekadar gurauan je (sesuai digunakan dalam nada rendah dan semasa berada di dalam kenderaan sahaja???) Hehehe...

Gurauanku ini lebih kurang serupa dengan sebuah kisah seorang nenek dan seorang pemuda.

Al-kisah............


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum, "Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab, "Biar muntahnya lebih cepat."


p/s: Inilah akibatnya kalau kepala asyik tertoleh-toleh sewaktu bersembang dalam kereta. tiada kaitan dengan rupa atau personaliti seseorang ~