Sunday 11 July 2010

hani...aku rasa macam nak m**tah tengok muka engkau..

Tajuk entry ni memang kasar bunyinya kan. 

Silap-silap boleh salah faham,betul tak?

Hakikatnya ia sekadar gurauan je (sesuai digunakan dalam nada rendah dan semasa berada di dalam kenderaan sahaja???) Hehehe...

Gurauanku ini lebih kurang serupa dengan sebuah kisah seorang nenek dan seorang pemuda.

Al-kisah............


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum, "Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab, "Biar muntahnya lebih cepat."


p/s: Inilah akibatnya kalau kepala asyik tertoleh-toleh sewaktu bersembang dalam kereta. tiada kaitan dengan rupa atau personaliti seseorang ~

1 comments:

nur'ain said...

hehehe hohoho next!

Post a Comment